Memaparkan catatan dengan label aktiviti group rich family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti group rich family. Papar semua catatan
Pada hari Sabtu minggu lepas telah berlangsungnya sambutan Hari Raya dan penyampaian hadiah iReach Superstars.

Dalam program ini Master Zainul dan Master Lyna selaku tuan rumah mengambil peluang menyampaikan motivasi dan amanat kepada anak cucu group iReach.


Seterusnya diikuti dengan sesi penyampaian trofi kepada mereka yang naik rank, top scorer vivix dan lain-lain kategori.


Mereka yang layak mendapat trofi ini kemudian berkongsi tips dan rahsia bagaimana mereka boleh berjaya. Untung sape yang datang. Dapat tips face to face lagi meresap dalam jiwa. Semangat tu lagi membuak-buak nak berjaya macam diaorang.

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah. Hadiah bukan cikai- cikai u olls. Untung la yang dapat hadiah cabutan bertuah tu.. Jeles Cik Sue tengok tau. 😄


Walaupun Cik Sue tak dapat hadir kerana menghadiri sukan sekolah anak, Cik Sue tetap dapat update terkini dalam group whatsapp dan facebook. Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi berkongsi.

Tahniah pada kawan-kawan yang menerima award. Keep it up your good work!

Cik Sue berharap majlis iReach Superstars ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang kerana ia adalah salah satu pemangkin semangat kepada semua SID untuk bekerja keras naik rank dan meningkatkan jualan serta membesarkan empayar masing-masing.

Siapa yang tak suka bila hasil usaha penat lelah, dihargai dan diraikan dalam majlis gilang gemilang seperti ini kan?

Meriah kan majlis ni u olls. Best ke best? Ingin menjadi sebahagian daripada team iReach? Hubungi Cik Sue nanti kita sembang panjang ok. 😊

➡013 4774 285⬅
➡013 4774 285⬅

Jom ikuti kemeriahan majlis ini dengan klik video di bawah. Pasti korang pun rasa seronok dan teruja.

iReach Superstar 2016 Ogos
Assalamualaikum.

Pepatah ada menyatakan kalau hendak berjaya perlu ada ilmu. Nak ada ilmu perlu berguru. Jadi rajin-rajin kan diri ke kelas menuntut ilmu.

Pada 4 April 2015 Sue berkesempatan hadir ke kelas Bangkit 4 yang diadakan di Faiz World Bangi.
Seawal jam 6.30 pagi Sue dah keluar rumah menaiki teksi ke stesen KTM yang berdekatan. Saja tak nak drive kereta. Hujung minggu kereta banyak, naik highway pun jem lagi-lagi la LDP. Fuh! sesak tak hengat..

Kelas Bangkit #4
Alhamdulillah, anak-anak suami yang tolong jagakan di rumah. Sue dah siapkan barang keperluan anak-anak dan juga masak siap-siap untuk mereka semua.

Seharian di kelas pelbagai ilmu yang dikutip. Memang tak rugi join kelas. Ilmu dapat, kawan baru pun dapat.

Cuba teka Sue yang mana?
Yang paling tak disangka-sangka, Sue adalah pemenang cabutan bertuah bulan April 2015. Bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. 

Sue telah memenangi hadiah sebuah TV Haier 32 inchi. Gembiranya hati ini. Alhamdulillah syukur atas rezeki yang tidak disangka-sangka ini. Terima kasih kepada pihak Faizworld Training Centre.

TV baru boleh pakai Raya nanti ;)
Oh ya, jika anda di sekitar Bangi yang memerlukan tempat untuk membuat kelas atau seminar, anda boleh menyewa tempat di Faizworld ini. Lengkap dengan semua fasiliti, dengan harga yang berpatutan.

Alamat lengakap:
Faizworld Training Centre
D-12-03, Block D, Paragon Point 2,
Seksyen 9, Jalan Medan, Pusat Bandar 8A,
43650, Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Tel: 03-8928 9799

Notahati: Niatkan pergi kelas ikhlas kerana Allah, jangan pula niat kerana nak menang cabutan bertuah. Kalau menang anggaplah ia sebagai satu BONUS, rezeki yang tidak disangka-sangka :)
Assalamualaikum.


Tahun baru, semangat pun baru. Semoga tahun baru 2015 memberi lebih banyak kejayaan dalam hidup Sue dan kawan-kawan semua.

Awal tahun 2015, setiap hujung minggu jadual padat dengan kelas Shaklee. Hujung minggu pertama Sue menghadiri kelas marketing Shaklee yang diadakan di Mirc Bangi.

Dalam kelas ini diajar sedikit berkenaan penulisan di blog, cara menjual di instagram dan bagaimana menguruskan bisnes menggunakan smartphone.

Kelas bermula dari pagi dan tamat selepas Zohor.


Kelas seterusnya diadakan di Faizlworld Training Centre, Paragoint Bangi. Kelas bermula dari pagi dan tamat pada jam 6 petang.

Dalam kelas ini menyentuh topik beberapa produk Shaklee, bagaimana membuat marketing di instagram serta slot motivasi di akhir program. 


Heee..ada terselit gambar Sue dapat hadiah kerana berjaya menjawab soalan kuiz produk Shaklee. Rezeki dapat hadiah pada hari tersebut, alhamdulillah..

Jika anda perasan dalam kedua-dua gambar di atas, ternampak kelibat anak-anak kecil dan juga suami. Ya tepat sekali, ini kerana dalam kelas Shaklee boleh je bawa suami dan anak-anak. Asalkan korang pandai-pandailah mengawal anak-anak supaya tidak terlampau membuat bising.

Itu yang bestnye kelas Shaklee ini. Sambil menimba ilmu, anak-anak tidak terabai.

Dalam kelas tersebut juga, ada suami yang turut berkongsi kisah bagaimana dia dahulu tidak support isteri buat bisnes Shaklee, akhirnya kini beliau telah memberikan sokongan 100% pada isteri beliau buat bisnes Shaklee. Sharing yang saya rasa dalam tawa ada tangisnya..


Oh ya, kelas-kelas ini bukan dianjurkan oleh syarikat Shaklee ye. Kelas ini adalah inisiatif leader itu sendiri. Kelas Shaklee pun ada saya kongsikan iaitu Bengkel Nutrisi Shaklee dan banyak lagi sebenarnya.

Anda mempunyai pilihan samada mahu atau tidak untuk menghadiri kelas-kelas ini. Yuran yang dikenakan pun adalah sangat minimum iaitu sekadar membayar untuk duit makan je sebenarnya.

Namun bagi saya, jika ada kelapangan ruang dan waktu, saya pasti akan menghadiri kelas-kelas tersebut. Ilmu yang dapat lebih bernilai dari wang yang dibelanjakan untuk kelas. Pasti akan dapat sesuatu yang berharga setiap kali datang kelas. Percayalah!

Bulan Januari, sudah top up dengan ilmu, aura kejayaan dan kasih sayang dengan insan-insan hebat dalam Shaklee. Semoga 2015 ini memberi satu perubahan besar yang positif dalam hidup Sue InsyaAllah. 

Doakan Sue ye kawan-kawan. Semoga kawan-kawan juga dilimpahi kekayaan, kejayaan dan keberkatan dalam hidup insyaAllah :) ...

Pada hari Sabtu yang lepas 19/7/2014, bertempat di Mirc Kajang telah berlangsung kelas blog yang telah dikelolakan oleh Tuan Muhammad Faiz untuk group Shaklee di bawah naungan Master Lydzar Rusman iaitu RichFamily.

Kelas bermula dari pukul 2-6 petang, disusuli pula dengan majlis berbuka puasa bersama2. Seperti biasa kelas Shaklee kami akan meriah dengan anak2 syurga. Itulah istimewanya kelas Shaklee kami kerana mesra kanak2.

Ibu2 dapat menimba ilmu sementelah tidak mengabaikan anak2. Disamping itu sebenarnya mengajar ibu2 skill untuk FOKUS di sebalik kemeriahan suara anak2 syurga bermain.

Jom layan gambar.

kelas blog

kelas blog

kelas blog

kelas blog

kelas blog

kelas blog

kelas blog

kelas blog

Kelas sebegini adalah aktiviti berkala dalam setiap bulan. Kebanyakan kelas kami dibuat online. Lebih mudah dan menjimatkan masa. Tapi sekali sekala buat kelas, dapat berjumpa adik beradik Shaklee mmg rasa seronok sgt di samping dapat mengeratkan ukhuwah bersama.

Hakikatnya jika ingin berjaya, kita perlu mencari ilmu. Selepas mendapat ilmu terus amalkan atau praktikkan. Contoh macam kelas blog kami ni siap ada assignment yang perlu dihantar tau... Mak Shaklee kami yang akan check assignment td. Hehe...kalo takde assignment alamatnya tak praktik la ilmu kat kelas tadi.

Anda di luar sana, jika masih terfikir2 nak buat bisnes apa sebagai mencari pendapatan sampingan, jangan teragak2 utk buat biz Shaklee. Segalanya telah tersedia untuk anda. Yang penting tidak berputus asa dan rajin berusaha.

Jika berminat nak join biz Shaklee, jangan segan untuk hubungi saya melalui sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue). Coaching tip top saya berikan untuk anda. 

Salam semua. Alhamdulillah, kelas pertama group Rich Family telah selamat berlangsung pada hari Sabtu 22/6/13. Kebiasaannya kelas adalah online, tapi sekali sekala kalau ada request, kelas secara offline macam ni akan di buat.

Untuk pengetahuan semua, kelas macam ni agak santai. Boleh bawa anak dan suami. Makanan pula kita buat potluck. Sambil2 dengar pengisian, diselang seli dengan kuiz pula. Bestkan! Sebab dapat hadiah kalau berjaya jawab kuiz. :)

Selain dapat tambah ilmu, dapat juga mengeratkan silaturrahim dengan kawan2 yang berada dalam group yang sama. Sambil2 tu dapat juga bertukar2 cerita serta berkongsi pengalaman business Shaklee dengan kawan2 yang lain juga. Semuanya sporting habis. Memang best lah.

Inshaallah, perjumpaan seterusnya akan diadakan selepas raya nanti. Kelas macam ni sememangnya ditunggu2. Selain dapat menambah ilmu serta bersilaturrahim, dapat juga menaikkan kembali semangat untuk meneruskan saki baki perjuangan buat sales di akhir bulan.

Jom kita tengok gambar pula.

butik about umi & baby
Program diadakan di Butik About Umi & Baby (Singboard merah)
geng shaklee
Team Rich Family, yang bertudung biru tu adalah mentor saya
menang hadiah kuiz
Hadiah jawab kuiz
Anda mahu menjana pendapatan sampingan dengan Shaklee. Hubungi saya sekarang di salsabila_85@yahoo.com atau SMS/WHATSAPP: 013 4774 285. Saya sedia membantu anda untuk mencapai segala impian yang anda idamkan.