Minum ESP Susu Badan Boleh Banyak?



Minum ESP atau mengambil apa sahaja suplemen untuk penyusuan adalah tidak berkesan jika konsep asas penyusuan susu ibu tidak dipatuhi. Apakah konsep asas penyusuan susu ibu? Jom kita tengok.

1) Kerap Menyusukan bayi
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 2 jam pada siang hari. Periksa lekapan dan kedudukan bayi agar menghisap dgn betul. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu terutamanya jika dia tidur lebih daripada 3- 4 jam.

lekapan semasa bf
2) Jangan tunggu payu dara penuh
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. 

Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3) Menyusu Lebih Lama
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). 

Jika anda terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.

4) Kerapkan sesi mengepam
Pam payudara setiap kali slps menyusu. Untuk ideal pam lah setiap 3 jam (8x sehari). Jika payudara berasa agak lembut slps bayi menyusu maka kita boleh mengepam di antara waktu menyusu (mungkin boleh jarak kan masa mengepam sejam selepas menyusukan bayi). 

Pam lah dengan kerap untuk memastikan payudara benar-benar kosong. Mengepam di waktu malam dengan kerap dapat merangsangkan penghasilan susu yang banyak kerana hormon prolaktin dirembeskan dengan banyak pada waktu malam

5) Pemakanan yang teratur dan seimbang
Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan (nutrient yang lengkap dan berkahsiat. Banyakkan minum air (digalakkan air suam) sepanjang hari sekurang-kurangnya 2L sehari. Pengambilan supplement penting sekiranya ibu tidak dapat mengamalkan gizi pemakanan yang seimbang.

6) Keyakinan dan semangat yang berterusan
Ini penting kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

7) Gembira serta berfikiran positif
Banyak mana pun hasil yang ibu dapat, bersyukurlah kerana masih ada rezeki untuk anak anda. Berkawanlah dengan mereka yang menyusukan anak, sertai kumpulan sokongan susu ibu untuk terus mengekalkan momentum dan semangat anda.

khasiat susu ibu

Info double milk booster, klik sini

Info set lengkap penyusuan susu ibu, klik sini

Untuk pembelian double milk booster klik sini

Untuk pembelian set penyusuan lengkap klik sini

Sila klik sini untuk order ESP.

Sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue). Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi percuma serta jadual pengambilan vitamin yang betul. 

Sertai ahli Shaklee sekarang dan nikmati 15%-20% potongan harga bagi setiap produk Shaklee.


0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan