Melatih Sistem Imun Melawan Selsema


Perubahan cuaca yang tidak menentu tidak dinafikan memberikan kesan kepada kesihatan tubuh. Influenza misalnya merupakan antara penyakit yang paling kerap menyerang. Merupakan infeksi pada sistem pernafasan, influenza boleh menyebabkan pelbagai gejala mulai daripada batuk kering, sakit tekak, mual, muntah dan kehilangan nafsu makan.

batuk

Penyakit influenza sangat mudah menular kerana ia disebarkan menerusi udara. Meskipun istirehat dan mengambil cecair adalah terapi berkesan untuk penyakit ini, namun pencegahan masih merupakan kaedah tetap yang terbaik. Melatih kekebalan tubuh akan membantu tubuh melawan virus influenza. Caranya ialah dengan:

1) Tambahkan potongan bawang putih segar ke dalam sup. Kajian mendapati bawang putih akan meningkatkan sistem imun, selain itu kandungan alicin dalam bawang putih mengandungi komponen antivirus.

bawang putih

2) Makan makanan yang kaya vitamin C seperti kiwi, strawberi, oren, nanas atau anggur. Vitamin C akan meningkatkan fungsi sistem imun dan melindungi tubuh dalam melawan infeksi. Vitamin ini juga memberi perlindungan daripada kerosakan radikal bebas.

vitamin c

3) Bila anda makan suplemen secara rutin, cubalah memilih yang mengandungi gingko biloba. Herba yang berasal dari Cina ini diketahui meningkatkan kitaran tubuh. Kitaran yang lancar akan membantu penghantaran vitamin dan mineral yang diperlukan.

gingko biloba

4) Lindungi tubuh daripada serangan virus dengan mengambil tiram. Kandungan mineral zink dalam makanan laut yang memiliki efek antivirus.

tiram

5) Selalu rajin makan sayuran. Salah satu sayuran yang disyorkan untuk meningkatkan kekebalan tubuh adalah bayam. Kandungan asid foliknya akan memicu produksi sel-sel baru dan memperbaiki DNA. Sayuran hijau ini juga kaya vitamin C, serat dan antioksidan.

bayam

Cuma elakkan memasak bayam terlalu lama untuk mendapatkan manfaat yang optimum.

Sumber: i-Sihat Januari 2013| MS 51

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan