Bulan puasa ni ramai betul yang mengambil kesempatan untuk menurunkan berat badan. Laris betul set shape up shaklee ni. Yer la kan semua orang ingin tampil cantik menawan sewaktu lebaran nanti. Lebih berkeyakinan tinggi untuk berjumpa dan beramah mesra dengan saudara mara dan rakan taulan.

Set shape up shaklee terdiri daripada lecithin, herblax, cinch shake mix dan cinch energy tea mix. Fungsi-fungsi vitamin adalah seperti berikut:

Herblax - Detox sangat diperlukan untuk membersihkan usus-usus kita daripada lemak, toksin dan lendir. Ia akan dikeluarkan melalui air besar. 

Lecithin - Membantu dalam penyingkiran lemak. Ini adalah kerana fungsi utamanya adalah sebagai 'pemecah/pencair lemak' ataupun 'fat emusifier'

Cinch Shake Mix - Protein penting untuk pelihara OTOT dalam badan. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak. Kerana protein berperanan untuk meningkatkan metabolisme badan. Selain daripada itu, ia membuatkan kita membina otot dan membuatkan kita kenyang lebih lama.

Cinch Energy Tea Mix - Membekalkan tenaga dan meningkatkan metabolisma.

Jom kita tengok testimoni mereka yang telah berjaya dengan set shape up ini: (Klik imej untuk lebih jelas)




Alhamdulillah saya gembira melihat hasil positif dari mereka yang telah mencuba set shape up ini. Saya sudah, mereka juga sudah mencuba, anda bila lagi?

Berminat mencuba set shape up Shaklee ini? Hubungi saya untuk konsultasi percuma di salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp 013 477 4285.

Alhamdulillah, set triple m ini telah banyak membantu ibu-ibu di Malaysia dalam penyusuan susu ibu. Manfaatnya bukan sahaja ibu yang dapat malah anak juga turut mendapat kebaikannya melalui susu ibu.

set triple m

Set triple m ini terdiri dari vitalea, b complex, vitamin c, alfalfa, ostematrix dan esp. Jom kita lihat apakah fungsi-fungsi setiap vitamin ini.
VITALEA (MULTIVITAMIN) - Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak memebesar dengan baik.
B-COMPLEX - Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

VITAMIN C - Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan vit-C ke 2 biji sehari. Mungkin tak perlukan ubat demam. Kadangkala, bila pumping ataupon di gigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik, selain dari kulit makin bersih, cerah & cantik.
ALFALFA - Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyususan, alfalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).
OSTEMATRIX - Shaklee Kalsium-Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain. Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak.Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu di datangi haid.

Maka, bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala period, digalakkan untuk mengambil Cal-Mag seminggu sebelum dan sepanjang waktu period. Kepada anda yang mempunyai bayi yang demam kuning (jaundice) di dalam pantang, digalakkan untuk mengambil OsteMatrix ini agar khasiat Vitamin D dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.
ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN) - Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama.

Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

Jom tengok testimoni menarik dari Puan Haliza (Klik imej untuk lebih jelas)

testimoni set triple m

Berminat mendapatkan set penyusuan triple m ini?

Order di sini.

Sebarang pertanyaan atau masalah, sila huhubungi saya di salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp 013 477 4285.

Setiap wanita mengimpikan kulit wajah yang bersih bebas cela, jerawat dan jeragat. Namun, lumrah wanita yang akan melalui fasa remaja, kemudian hamil menyebabkan perubahan hormon berlaku pada tubuh mereka. Ketidak stabilan hormon merupakan salah satu punca jerawat suka bertamu di wajah.

Hari ini saya kongsikan testimoni dari Puan Fieza yang mengalami masalah hormon tak stabil serta jerawat tumbuh melata di wajah beliau. Namun setelah berikhtiar dengan set kesuburan Shaklee ini, Alhamdulillah. semuanya kembali baik, bak kata Puan Fieza ianya memberi kesan 3 dalam 1 iaitu Cantik, Subur dan Hamil.

Jom lihat testimoni beliau. (Klik imej untuk lebih jelas)

testimoni gla complex

Sebelum amalkan Shaklee:
  • Make up tebal untuk tutup jerawat
  • Hormon tak stabil
  • Rasa tak confident berhadapan dengan suami dan orang
Selepas 5-6 bulan amalkan Shaklee:
  • Jerawat tak naik
  • Muka bersih
  • Dapat pujian dari suami
  • Hormon stabil
  • Berjaya hamil
Berminat mencuba Gla Complex? Hubungi saya di salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp 013 4774 285. Promosi Gla Complex bakal berakhir 6 hari saja lagi. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan stok anda sebelum ianya kembali pada harga asal.
nuzul quran

Apakah maksud Nuzul Al-Quran?
Dari segi bahasa, perkataan “Nuzul” bermaksud turun, atau menetap di suatu tempat. Dari segi Istilah pula, “Nuzul” bermaksud penurunan Al-Quran kepada Nabi Muhammad dengan cara-cara tertentu. Peristiwa Nuzul Al-Quran, atau Penurunan Al-Quran merupakan peristiwa yang penting dalam sejarah Islam. Hal ini kerana ia menandakan bahawa bermulanya tugas Nabi Muhammad sebagai rahmat kepada seluruh alam, sebagai penyampai wahyu daripada Allah, iaitu Rasul Akhir Zaman.

Bilakah Peristiwa Penurunan Al-Quran berlaku?
Terdapat dua pendapat yang menyatakan Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum Hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan ianya berlaku pada 24 Ramadhan malam Isnin (13 Ogos 610 M). Namun, kelaziman terletak pada pendapat pertama iaitu pada 17 Ramadhan, seperti yang disambut di Malaysia ini. Pada ketika ini, Nabi Muhammad yang berusia kira-kira 40 tahun mengasingkan diri daripada perbuatan jahiliyah masyarakah Jahiliyah Mekah dengan beribadah di Gua Hira’ dan akhirnya didatangi Malaikat Jibrail a.s dengan membawa wahyu pertama, menandakan kerasulan baginda, pembawa rahmat kepada alam, penyampai wahyu kepada umat baginda.

Di manakah Nabi Muhammad menerima wahyu pertama itu?
Peristiwa penurunan Al-Quran dengan wahyu pertama berlaku di sebuah gua di sekitar Mekah, tempat tinggal baginda ketika itu. Baginda memilih untuk mengasingkan diri di gua tersebut agar dapat mencari ketenangan dan beribadah kepada Allah.


Bagaimanakah wahyu pertama disampaikan? Bagaimana pula dengan wahyu yang seterusnya?
Malaikat Jibrail a.s. datang kepada Nabi Muhammad ketika baginda di Gua Hira’. Jibrail a.s. kemudiannya berkata :“Bacalah!”. Rasulullah saw. menjawab, “Aku tidak dapat membaca.” Beliau mengatakan, lalu malaikat itu memegang dan mendekap baginda sampai merasa lelah. Kemudian ia melepaskan baginda dan mengatakan, “Bacalah!” Rasulullah menjawab, “Aku tidak dapat membaca!’ Malaikat itu mengulanginya untuk yang ketiga sambil mengatakan, “Iqra’ bismi rabbikal ladzii khalaq; bacalah, dengann menyebut nama Rabbmu yang menciptakan.” (Al-’Alaq: 1)
Setelah itu. Wahyu atau ayat-ayat Al-Quran telah turun dengan beberapa cara sepanjang hidup baginda s.a.w:

Beberapa Cara Wahyu Turun:

1. Melalui Mimpi.
Wahyu Allah ta’ala turun kepada Nabi saw melalui mimpi. Yakni, mimpi yang benar (ru’ya shadiqah). Secara tiba-tiba dalam tidur Nabi saw, baginda bermimpi secara tiba-tiba. Mengenai wahyu disampaikan melalui mimpi. Pernah juga dialami oleh Nabi Ibrahim as. Ketika Nabi Ibrahim as menerima perintah untuk menyembelih Nabi Isma`il as. Biasanya wahyu yang turun melalui mimpi mengandungi perintah (amar).

2. Langsung Masuk Ke Dalam Hati.
Wahyu Allah swt secara langsung masuk ke dalam hati Nabi saw. Nabi saw bersabda, “Ruh kudus [malaikat Jibril] memasukkan pengertian ke dalam lubuk hatiku. Bahwa, seorang manusia tidak akan mati sebelum ia menerima semua yang telah ditetapkan baginya. Kerana itu hendaklah kalian bertakwa kepada Allah, dan carilah rizeki dengan jalan yang baik. Janganlah sekali-kali sebab lambat datang rezeki membuat kalian mencarinya dengan jalan maksiat [derhaka terhadap Allah]. Apa yang ada pada Allah hanya dapat diperoleh dengan cara berbakti dan taat kepada-Nya.” (Siratul Musthafa Shallallahu ‘alaihi wa sallama, 2008).

3. Malaikat datang kepada Nabi saw sebagai seorang pemuda
Malaikat yang menyampaikan wahyu Allah ta’ala ini menyerupai seorang pemuda. Rupa malaikat dalam bentuk manusia tidak ada bezanya dengan seorang manusia sebenar. Sangat tampan lagi rupawan.

4. Bunyi Lonceng.
Jika wahyu Allah ta’ala turun kepada Nabi saw dalam bentuk suara lonceng, Nabi saw benar-benar merasakan adanya sesuatu yang sangat berat. Keringat beliau mencucur deras dari kening beliau walaupun udara dalam keadaan dingin. Apabila Nabi saw sedang naik tunggangan beliau, unta atau beghal, sektika haiwan tunggangan Nabi saw secara tiba-tiba akan bersimpuh. Yang lazim dikatakan menderum. Iaitu, melikat kaki depan lalu kaki belakang. Malah sahabat Zaid bin Tsabit r.a. pernah berdampingan dengan Nabi saw di saat Nabi saw menerima wahyu. Maka, kaki sahabat Zaid yang tertindihi kaki dia rasakan hendak hancur kerana beratnya penderitaan Nabi saw, jika wahyu diturunkan ke dalam bentuk bunyi lonceng.

5. Malaikat dalam bentuk asal.
Nabi saw pernah melihat malaikat Jibril as dalam bentuk aslinya. Seperti saat diufuk depan Gua Hira’ dan ketika di Sidratul Muntaha.

6. Melalui Isra` dan Mi’raj.
Wahyu langsung disampaikan oleh Allah ta’ala kepada Nabi saw. Iaitu, saat Nabi saw diperintahkan menunaikan isra` dan mi’raj. Tidak melalui mimpi. Tidak melalui perantara. Walaubagaimanapun, Nabi s.a.w. belum pernah selama hidupnya berjumpa secara langsung dengan-Nya.

7. Dengan Perintah Langsung.
Memang mirip dengan cara yang ke-6. Ini terjadi tidak dalam keadaan tertidur. Melainkan dalam keadaan terjaga. Tempatnya adalah bumi. Ini yang membezakan penerimaan wahyu Allah ta’ala kepada Nabi saw, selain ada yang diterima di Sidratul Muntaha ada yang diterima langsung di bumi.

Apakah pengajaran atau iktibar dari perisitiwa penurunan al-Quran?

ALLAH SWT memuliakan Ramadan melebihi bulan lain dengan memilih satu malam penuh keberkatan daripada malam Ramadan sebagai masa paling sesuai untuk diturunkan kitab suci al-Quran. Selain al-Quran, Allah menurunkan beberapa kitab suci lain pada bulan mulia ini seperti suhuf Nabi Ibrahim diturunkan pada permulaan Ramadan, Taurat hari keenam dan Injil pada hari ketiga Ramadan.

Berdasarkan peristiwa penurunan kitab suci (al-Samawi) pada bulan Ramadan, jelaslah betapa agung dan mulianya bulan ini. Sesungguhnya, penurunan (nuzul) al-Quran adalah peristiwa besar dan agung. Ia cukup hebat jika dibandingkan dengan peristiwa lain pernah berlaku di alam ini. Justeru, setiap umat Islam seharusnya mengingati dan merenungi peristiwa nuzul al-Quran ini kerana ia menjadi asas keimanan terhadap al-Quran bahawa ia adalah kalam Allah.

Selain itu, ia adalah asas utama dalam pengakuan umat Islam terhadap kerasulan Nabi Muhammad serta keyakinan bahawa Islam itu adalah agama benar, malah satu-satunya agama diredai Allah. Sebelum al-Quran diturunkan manusia hidup dalam kesesatan bertuhankan hawa nafsu dan menyekutukan Allah. Selepas al-Quran diturunkan, kesesatan disinari kebenaran dan hidup bertuhankan hawa nafsu berubah kepada hidup bertuhankan Allah.

Dalam erti kata lain, penurunan al-Quran membawa rahmat perubahan kepada kehidupan dan ketamadunan manusia.Firman Allah bermaksud, “Ramadan, bulan yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan batil).” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Berdasarkan ayat di atas, wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara langsung mengangkat martabat Baginda sebagai rasul Allah dan menjadi rahmat bagi sekalian alam. Petunjuk (al-Quran) dibawa Baginda SAW ini membawa perubahan besar kepada kehidupan umat manusia, khususnya masyarakat Arab jahiliah dan perubahan itu mencakupi pelbagai bidang dan aspek:

Aspek keagamaan. Bangsa Arab Jahiliah menyembah patung dan batu berhala serta menyembelih binatang ternakan di hadapan patung itu sebagai korban untuk memuliakannya.

Apabila datang agama Islam (al-Quran) membawa petunjuk dan pedoman daripada Allah, maka kehidupan jahiliah terus lenyap kerana al-Quran mengatur kehidupan seperti percaya kepada keesaan Allah, hari akhirat, syurga, neraka, mengenai ibadat seperti solat, puasa, zakat dan haji.

Jelaslah, ajaran al-Quran melarang keras amalan penyembahan patung, berhala, matahari, bulan atau makhluk lain selain Allah. Sebaliknya mereka diajar bahawa yang berhak disembah hanyalah Allah.

Aspek kemasyarakatan. Bangsa Arab sebelum Islam tidak berdisiplin dan tidak taat kepada pemimpin tetapi diturunkan al-Quran, keadaan itu berubah. Islam menyedarkan mereka erti dan pentingnya disiplin serta ketaatan dalam kehidupan.

Bagi membentuk sebuah masyarakat yang aman dan harmoni, al-Quran memberi petunjuk dan garis pemisah mengenai kriteria antara akhlak terpuji dengan akhlak tercela. Selain itu banyak lagi dasar umum masyarakat dibawa oleh Islam seperti hubungan antara individu dengan individu, antara individu dengan masyarakat, antara suatu kelompok masyarakat dengan kelompok lainnya, undang-undang kekeluargaan sehinggalah kepada soal kenegaraan.

Islamlah juga yang mula mengangkat kedudukan kaum wanita dengan memberikan hak kepada mereka sesuai dengan kewanitaannya. Di samping itu, Islam menegakkan pula ajaran persamaan antara manusia dan membanteras perhambaan.

Aspek siasah (politik). Bangsa Arab sebelum Islam berada dalam keadaan berpecah-belah, ‘asabiyyah (kesukuan), berpuak dan kabilah yang sempit. Yang wujud ketika itu kaum Arab, Parsi, Tauran dan kaum lain. Keadaan itu berubah apabila turunnya al-Quran membawa ajaran sebenar. Semua umat manusia diseru supaya meninggalkan segala bentuk ikatan jahiliah yang sempit, sebaliknya disaran supaya bersatu membentuk satu ummah.

Firman Allah yang bermaksud:Sesungguhnya (agama Islam) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.” (Surah al-Anbiya’, ayat 92).

Begitulah Islam berjaya mengatasi sikap taksub bangsa dan warna kulit, malah menyeru semua bangsa supaya bersatu menjadi satu ummah bersaudara dan tidak lagi mengenal kelebihan kecuali berdasarkan kekuatan iman serta takwa kepada Allah.

Aspek ekonomi. Al-Quran memberikan batasan pemilikan bagi individu, masyarakat dan negara. Telah ditentukan perkara yang boleh dimiliki oleh individu dan dilarang. Peraturan yang terdapat dalam al-Quran memberikan petunjuk pelaksanaan mengenai jaminan pemenuhan keperluan asas setiap individu menurut kadar dan dalam keadaan seadil-adilnya.

Berdasarkan penjelasan di atas, penurunan al-Quran adalah peristiwa agung dan terbesar pada Ramadan. Penurunannya telah membawa perubahan besar kepada alam ini dan berperanan mengubah kehidupan umat manusia pada masa lampau, kini dan hadapan. Jelaslah, melalui peristiwa besar dan agung ini, hala tuju kehidupan manusia menjadi lebih kemas dan teratur dengan berpandukan petunjuk serta pedoman yang diwahyukan Allah.


Bulan Ramadhan ramai yang mengambil kesempatan untuk menurunkan berat badan supaya tampil cantik menjelang hari lebaran. Walaupun sibuk dengan persiapan raya, anda masih mampu mendapatkan set bajet slimming ini dengan harga yang sangat jimat.

set slimming bajet

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Apa yang sesuai untuk detox adalah Herblax atau Alfalfa.

Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak2. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Keberkesanan kombinasi supplement ini amatlah berkesan dan semakin berkesan sekiranya 
1. Menjaga pengambilan makanan seharian
2. Minum air yang banyak sepanjang proses diet yang dijalankan dan pastikan 2-3L sehari. 
3. Pengambilan supplement secara konsistent..InsyaAllah kesannya memang SUPERB!

Berminat mencuba set slimming bajet ini. Hubungi saya di salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285.

Alhamdulillah, hari ni telah masuk 13 Ramadhan kita berpuasa, fasa kedua di bulan Ramadhan. Saya yakin ramai di kalangan anda sedang sibuk menyediakan persiapan raya di samping persiapan diri untuk kelihatan cantik menawan di hari lebaran nanti.

Memperkenalkan set bajet beauty booster yang terdiri daripada ESP dan Gla Complex. Sempena promosi Gla Complex Julai ini, anda boleh mendapatkan set bajet beauty booster ini dengan harga yang lebih jimat. Suka tak?

esp dan gla complex

MANFAAT VITAMIN:

ESP:
✎ Membantu pertumbuhan sel baru
✎ Mengurangkan kedutan
✎ Agen anti-penuaan
✎ Mengembalikan tona kulit sekata & kepejalan otot
✎ Mempercepatkan penyembuhan luka
✎ Mengurangkan kesan parut

GLA COMPLEX :
✎ Mengawal selia hormon estrogen & testosteron
✎ Menguatkan struktur rambut dan kuku
✎ Melambatkan penuaan kulit
✎ Memperbaiki inflamasi kulit, eczema, alergi,kegatalan, kurap
✎ Memperbaiki kulit kering , memperbaiki bintik penuaan, memberikan tona kulit sekata

Testimoni mereka yang telah mencuba set bajet booster kecantikan ini. (Klik imej untuk lebih jelas)


esp dan gla complex

esp dan gla complex

esp dan gla complex

esp dan gla complex

esp dan gla complex

esp dan gla complex
esp dan gla complex

Raya dah tak lama lagi. Cubalah sekarang! Berminat mencuba? Hubungi saya di salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285.

tips minum air bulan puasa
Assalamualaikum…

Bila masuk bulan Ramadhan ramai yang risau tak dapat minum air 3 liter sehari dan tak dapat istiqamah pengambilan supplemen. Jadi, saya kongsikan sedikit tips supaya kalau tak dapat 3 liter pun paling kurang dapatla dalam 2 liter air sehari.
  • Sediakan sebotol air masak sebagai indicator yang ada tulis berapa liter boleh muat. Lebih senang beli yang 1 liter atau 1.5 liter. Tak payah ulang-alik isi banyak kali.
  • Setiap kali ambil supplemen, ambil bersama 2 gelas air. Satu gelas lebih kurang 200ml~250ml. Jadi kalau ambil 3 kali iaitu selepas berbuka, sebelum tidur dan selepas sahur, paling kurang akan minum 600ml air kan.
  • Bawa sebotol air masak semasa pergi solat terawikh. Setiap kali lepas 2 rakaat boleh minum air sikit-sikit.
  • Letak sebotol air masak di tepi katil. Kalau terjaga tengah malam boleh minum sikit. Atau bila bangun je sebelum nak masak nasi untuk sahur minum sikit air.
Tak susah sebenarnya, cuma bila kita tak biasa, itu yang menyebabkan kita rasa susah. Tapi kalau tak bermula dari sekarang, bila lagi? Oh ye, dengan pengambilan air yang banyak juga membuatkan kita dapat mengawal nafsu makan. Jadi, takde la makan overload kan.

Salah satu kebaikan puasa adalah dapat merehatkan perut tapi kalau berbuka kita makan sebanyak-banyaknya maka, makin tersiksalah perut. Silap-silap lebih tersiksa dari bulan tak puasa.

Akhirnya, puasa adalah tarbiyyah dari Allah untuk mendidik kita supaya bertaqwa.

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu berpuasa agar kamu BERTAQWA. (Surah al-Baqarah:183)

Jadi masa bulan ni, kita lebih mudah melatih diri untuk lebih mendekati Allah kerana syaitan dah dirantai. Dan semoga dengan latihan sebulan ni, kita dapat berjuang berhabis-habisan untuk menentang syaitan untuk 11 bulan berikutnya. Credit
Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.

aerobik
Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.

Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:

1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Cinch Shake Mix setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.

6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:
  • Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,
  • Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),
  • Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)
  • Minum petang (3.30 - 4.00 petang)
  • Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)
Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan. Sebagai contoh: Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari. Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.

10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.

Selamat Mencuba! Credit
Siapa yang taknak badan kurus kan? Bila kurus dan sihat, senang lah nak cari baju yang sesuai, malah rasa lebih berkeyakinan kan? 

Mari...mari...mari...Diet/Kurus/Slimming/Shaping bersama Shaklee...Asasnya pemakanan seharian kena jaga, jangan main hentam je makan sesuka hati. Air masak wajib minum banyak... dan kurangkan pengambilan lemak dan minyak. Dan yang paling penting rajin2lah bersenam.

Ini dia pilihan set shape up mengikut bajet anda. Ramai tau yang telah berjaya menurunkan berat badan dan kembali langsing dengan set ini. Paling penting set shape up Shaklee adalah HALAL & SELAMAT digunakan samada oleh ibu menyusu mahupun tiadak menyusu. Nak tahu apa yang sesuai dengan anda, sila hubungi saya sebelum membeli set shape up ini.

set shape up shaklee

Jom tengok testimoni mereka yang telah berjaya dengan set shape up Shaklee ini: (Klik imej untuk lebih jelas)





Raya dah dekat. Apalagi, cubalah! Berminat mencuba set shape shaklee? Hubungi saya di salsabila_85@yahoo.com atau sms/call: 013 477 4285.
Ramai di antara kita yang tidak mempunyai masa untuk menukar gaya hidup secara mendadak untuk kuruskan badan. Kita memerlukan cara yang praktikal dan mudah untuk menyepadukan tabiat baik dalam kehidupan seharian kita. Langkah-langkah berikut adalah cara mudah dan praktikal untuk anda menurunkan berat badan dan merasa lebih sihat.

  • Minum Air! Air bukan sahaja dapat menghilangkan dahaga. Semua proses metabolik dalam badan menggunakan air justeru meminum banyak air membantu badan berfungsi secara optimum. Ia juga membantu anda mendapat yang terbaik — kebanyakan dari sakit kepala dan keletihan yang biasa dialami mungkin disebabkan kekurangan pengambilan air.
  • Makan Sarapan Pagi! Ramai yang tidak menyedari nilai sebenar sarapan pagi. Ia bukan sahaja meningkatkan tenaga untuk hari yang panjang di hadapan, tetapi ia juga memastikan metabolisme anda terkawal. Meninggalkan sarapan pagi boleh meletakkan badan ke dalam “mod survival” yang bermaksud ia mula mengumpul dan menyimpan lemak, bukan membakarnya.
  • Bersenam! Ia tidak boleh diambil mudah: penurunan berat badan yang berjaya dan mampan memerlukan komitmen untuk melakukan aktiviti fizikal. Cara terbaik untuk setia kepada aktiviti fizikal adalah melakukannya setiap hari. Luangkan sedikit masa setiap hari untuk pergi berjalan-jalan, melakukan senamrobik, atau apa jua aktiviti yang anda gemari. Pelbagaikan supaya anda tidak bosan dengannya. Dalam masa yang singkat anda akan bukan sahaja sudah biasa dengannya, tetapi anda juga akan berasa lebih sihat dan cergas!
  • Pilih Kepelbagaian! Jangan biarkan trend diet popular mengelirukan anda: Karbohidrat juga adalah baik untuk anda! Malah, karbohidrat adalah apa yang diperlukan oleh otak untuk berfungsi dan sangat penting untuk fungsi badan yang betul. Mengamalkan diet tinggi protein untuk tempoh masa yang panjang boleh bukan sahaja menyebabkan sakit kepala, tetapi juga memberi tekanan yang besar ke atas buah pinggang. Perkara yang penting adalah untuk makan pelbagai jenis makanan. Ini termasuk buah-buahan, sayur-sayuran dan juga karbohidrat. Hanya ingat untuk bijak memilih jenis-jenis karbohidrat yang anda makan: sebagai contoh, pilih gandum penuh berbanding gandum putih.
  • Makan perlahan-lahan! Kebanyakan dari kita sentiasa ingin cepat, namun adalah penting untuk kita mengambil masa untuk mendengar (listen) badan kita. Makan dengan cepat tidak memberi masa kepada badan kita untuk memberitahu otak kita bahawa telah cukup kita makan. Oleh itu kita terus makan sehingga buncit perut. Makan dengan lebih perlahan membolehkan kita untuk mengetahui bila kita sudah cukup makan dan perlu berhenti, ia juga membantu kita merasa dan menikmati makanan yang kita makan.
Apa yang penting dalam menguruskan badan adalah memberi badan kita apa yang ia perlukan. Ini bermakna minum banyak air, makan makanan yang sepatutnya (seimbang) dan patuhi waktu makan, kekal aktif, dan berikan masa kepada perut kita untuk ia beritahu kita ia sudah penuh. Badan kita akan memberikan kita ganjaran atas keperihatinan kita. Sumber
Alhamdulillah, dah masuk hari ketujuh berpuasa. Permintaan terhadap set mighty 3 gem ni pun tak kurang hebatnya. Semua orang berlumba-lumba mendapatkan set ini bagi membantu kekal cergas sepanjang hari, membantu mendapatkan ibadah yang lebih berkualiti dan membantu menjalani rutin harian seperti biasa.

Jom tengok testimoni menarik mereka yang sudah mencuba set ini: (Klik imej untuk lebih jelas)

set mighty 3 gem


set mighty 3 gem

set mighty 3 gem

set mighty 3 gem

set mighty 3 gem
Berminat mencuba set mighty 3 gem ini? Hubungi saya di salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp 013 477 4285.
atasi sembelit dengan ostematrix
Kesukaran membuang air besar atau lebih dikenali sebagai sembelit ini disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya kurang minum air dan pengambilan ubat-ubatan yang bersifat panas seperti jamu dan ubatan herba. Bagi masyarakat Melayu, ibu-ibu yang baru lepas bersalin dilarang minum banyak air kerana dikatakan boleh menyebabkan saluran faraj berair dan perut jadi buncit.

Selain itu, kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan turut menjadi penyumbang kepada masalah sembelit. Alasannya, kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan ‘sejuk’. Pengambilannya dikatakan boleh memudaratkan ibu dalam pantang padahal sayur dan buah kaya dengan serat yang berfungsi membantu proses penghadaman dan mempercepatkan aliran keluar sisa makanan dari tubuh. 

Sembelit selepas bersalin terjadi kerana perjalanan najis di dalam saluran usus menjadi perlahan. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor:
  • Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.
  • Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil.
  • Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka episiotomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.
Untuk mengatasi masalah ini, cubalah cara-cara ini:
  • Banyak minum air iaitu kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit. Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang.
  • Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin. Ketahuilah bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.
  • Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.
  • Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain serat, makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomi ataupun luka caesarean. Sumber
Selain itu, alternatif kepada ibu berpantang ialah dengan mencuba mengambil OstematrixShaklee Ostematrix merupakan gabungan kalsium, magnesium, vitamin D serta banyak lagi pada kadar yang seimbang bersesuaian dengan keperluan badan manusia. Ini merupakan antara vitamin asas yang diperlukan oleh badan.
ostematrix atasi sembelit
Antara kebaikan Shaklee Ostematrix :

(1) Tidur malam lebih lena
(2) Menghilangkan bisa-bisa kaki serta letih badan
(3) Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas
(4) Melawaskan sistem penghadaman yang memudahkan anda untuk “membuang” keesokan harinya
(5) Badan lebih cergas bertenaga apabila bangun bagi

Selamat tinggal sembelit. Tiada lagi mimpi ngeri ibu2 dalam pantang. Berminat untuk mencuba? Hubungi saya di salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 477 4285.
Salam semua. Alhamdulillah hari ni sudah masuk hari keenam bulan Ramadhan. Bagaimana puasa anda semua. Kalau rasa letih melampau, gastrik menyerang, susu merudum, cubalah ambil set mighty 3 gem ini. Inshaallah membantu kekal cergas sepanjang hari, membantu mendapatkan ibadah yang berkualiti serta membantu menjalani rutin harian seperti biasa. Hari ni saya nak berkongsi resepi  yang best yang mesti anda semua cuba iaitu gabungan ESP dan juga Performance Drink. Jom kita tengok.

ESP CREMO STRAWBERRY LASSI
2 sudu makan ESP
3 biskut Cremo yang dihancurkan
1 gelas Lassi berperisa Strawberry
1/3 cawan air

- Shake kuat kuat. Sedia untuk diminum! 
- Pastikan lassi dan air dalam keadaan sejuk untuk rasa yang segar

ESP & PD Manggo Nata de Coco
2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
1 gelas jus Mangga Peel Fresh
1/3 cawan air
3 sudu makan Nata de Coco

- Shake kuat-kuat.
- Mangga kalau nak blend sendiri lagi terbaik.

ESP & PD Kurma Ice Blended
2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
3 biji kurma dibuang biji
1 cawan susu
1/2 cawan air
1/2 gelas ais

- Blend sampai hancur
- Kalau nak rasa creamy, tak perlu bubuh air

ESP & PD Walnut Chocolate Ice Blended
2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
2 sudu walnut yang dibakar
1 1/2 cawan susu
1/2 gelas ais

- Blend sampai hancur
- Kalau nk tukar dengan badam, kacang tanah, pistachio pun boleh

ESP VICO Shake with Mixed Nuts
2 sudu makan ESP
2 sudu makan Vico
1 sudu badam dibakar dan dihancurkan
1 sudu kacang hazelnut dibakar dan dihancurkan
1/2 sudu walnut dibakar dan dihancurkan
1 cawan susu

- Shake kuat-kuat

ESP & PD Banana with Vanilla Ice Cream
2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
1 biji pisang yang dah masak
1 cawan susu
2 sudu makan Vanilla Ice Cream
1/2 gelas ais

-Blend sampai hancur

Amacam,

Menarik kan?

Jom la cuba!!
Selain faktor usia, aktiviti dan pencemaran juga turut mempengaruhi berlakunya proses penuaan lebih cepat. Tekanan atau stres ditambah pula dengan gaya hidup yang kurang sihat menyebabkan kulit mulai kusam, kering dan sebagainya. Untuk memelihara kulit wajah, anda perlu menitikberatkan soal penjagaan kulit wajah. Berikut adalah antara petua yang boleh anda cuba.

Petua Merawat Jerawat Di Wajah

Petua Merawat Jerawat Di Wajah
Petua Yogurt
Apply yogurt ke kulit wajah setiap hari sebagai masker. Biarkan selama 10 minit sebelum dicuci dengan air mati. 

Petua Bawang Putih
Bahan-bahan : Seulas bawang putih (tumbuk), 1 sudu kecil madu, 1 sudu kecil jus carrot dan putih telur dari sebiji telur ayam.

Cara-caranya : Pukul dulu telur putih tersebut sehingga nampak kembang. Kemudian campurkan kesemua bahan-bahan lain dan adunan ini dipukul lagi sehingga betul-betul sebati.

Gunakan ramuan tadi HANYA pada tempat yang berjerawat sahaja. So takderlah busuk sangat...

SELAMAT MENCUBA!!!

Petua Mencerahkan Wajah Yang Kusam

Petua Mencerahkan Wajah Yang Kusam
Saya ada petua mudah untuk mencerahkan kulit wajah yang dah nampak kusam (mungkin dimamah usia ataupun terlalu banyak terdedah dengan pencemaran)

Petua Pertama :
Pukul sebiji kuning telur dengan 1/2 sudu kecil minyak jagung beserta beberapa titisan air mati. pukul sehingga sebati ajer. Kemudian adunan tadi diletakkan ke seluruh kulit wajah kecuali mata. Lakukan dengan berhati-hati dan lembut. Kemudian kita perlu tidur dengan kedudukan kaki lebih tinggi daripada kepala supaya aliran darah dapat beredar dengan baik. Aliran darah dalam badan yang baik akan membantu menyerikan kulit wajah. 

Tunggu sehingga 5-10 minit. Kemudian bilaslah wajah seperti biasa dengan air mati juga. Air mati ini baik untuk kesihatan kulit wajah. Jadi amalkanlah selalu membasuh wajah dengan air mati.

Petua Kedua :
Petua ini menggunakan jus nenas untuk mengembalikan keremajaan kulit wajah. Enzim yang terdapat pada nenas dikatakan dapat mengeluarkan sel-sel kulit mati yang berada pada permukaan kulit wajah. Sel kulit yang mati menghalang kulit daripada bernafas dan seterusnya menyebabkan lebih banyak tisu kulit mati dihasilkan.

Cara-cara untuk menyediakan petua ini adalah dengan mendapatkan jus nenas tersebut (kisar dan tapis untuk mendapatkan jus). Tambahkan sedikit air jika jus tersebut kelihatan terlalu pekat. Petua lain adalah dengan mencampurkan jus nenas ini dengan jus carrot (carrot juga dikatakan dapat mencerahkan kulit wajah). 

Cara nak apply petua ini adalah dengan merendamkan beberapa keping kain kasa atau tisu muka ke larutan tadi. Kemudian berbaring dan letakkan kain kasa atau tisu muka yang telah direndamkan ke larutan tadi pada muka. Tunggu sehingga 15 minit sebelum membersihkan wajah dengan air suam suam kuku. 

Rutin ini disambung dengan menggosok secara perlahan kulit wajah dengan kain lembut. Ia dikatakan akan mengeluarkan sel kulit mati yang telah berjaya dilongggarkan dengan melakukan petua di atas tadi. 

Cuci semula wajah dengan air suam dan seterusnya dengan air sejuk. Kemudian keringkan wajah sepeti biasa...Air suam dikatakan dapat membuka liang-liang roma dan air sejuk pula dikatakan dapat membantu mengecilkan liang-liang roma. Jadi inilah sebabnya air suam digunakan dahulu sebelum air sejuk.

*Petua yang mudah dan berkesan, malah seronok jika dapat dilakukan selalu.

Petua Mengurangkan Tanda-tanda Kedut Di Wajah

Petua Mengurangkan Tanda-tanda Kedut Di Wajah
Sebenarnya kalau diikutkan, memang tiada ubat untuk penuaan (kedutan) nih. Sebab kita adalah sebahagian daripada alam dan kehidupan, so ada time frame kita yang tertentu. Ada masa untuk jadi baby, kanak-kanak, remaja (ni masa paling best! Heee), menjadi seorang dewasa dan menjadi golongan warga emas. 

Bagi saya, tiada satupun krim atau ubat dalam dunia ni yang boleh membuatkan kita muda selama-lamanya. Kalau ada pun, itu palsu belaka contohnya seperti botox dan susuk. Hakikatnya kita memang dah tua walaupun wajah 'tua' tu dah dilitupi dengan botox dan susuk.

Apa yang boleh kita buat adalah 'mengurangkan' kadar kekedutan tersebut supaya tak adalah nampak macam 'buruk' sangat kedut pada wajah kita tu. 

Hmm..panjang pula celoteh saya ni ek. Sorry...So dipendekkan ceritalah, inilah serba sedikit petua yang saya tahu untuk mengurangkan kedut di wajah :

Bahan-bahan :
1) Lobak merah
2) Sebiji kuning telur
3) Sesudu tepung jagung

Cara-cara :
Parut lobak merah (agak-agak la banyak mana untuk disatukan dengan sebiji kuning telur). Then masukkan kuning telur tersebut bersama tepung jagung. Kacaulah sehingga sebati sebelum melumurkannya ke kulit wajah. Tunggu sehingga agak kering, selepas itu barulah boleh dibilas dengan air suam-suam kuku...

Insyallah, petua ini akan membuatkan kulit muka anda terasa segar dan tegang.

Petua Memastikan Parut Tidak Meninggalkan Bekas

Petua Memastikan Parut Tidak Meninggalkan Bekas
Hari ini saya ada petua untuk menghilangkan parut/memastikan parut tidak meninggalkan bekas. 

Caranya mudah sahaja :
Dapatkan bunga raya merah. Ambik kelopaknya sahaja dan tumbuk sehingga hancur. Selepas itu sapukan kelopak bunga raya yang telah dihancurkan tadi pada parut di wajah. Biarkan sehingga ia kering sebelum dicuci dengan air suam. Petua ini boleh dilakukan setiap hari terutama kepada anda yang mahu mendapatkan hasil yang cepat.

Seperti yang saya katakan tadi, petua ini sangat mudah untuk dilakukan, cuma yang payahnya mungkin bab mendapatkan bunga raya merah tersebut. Saya ada satu cadangan kepada anda semua. Apa kata mulai hari ni kita mula tanam tumbuh-tumbuhan yang baik untuk kesihatan dan kecantikan. Mulalah dengan menanam pokok yang mudah hidup dahulu. Antaranya bunga raya merah ni. Memang mudah hidup .

Prinsip kecantikan : "Biar payah dan leceh, tapi cara tradisional dan semulajadi adalah cara yang paling mujarab untuk kecantikanku" :P

Petua Hilangkan Parut

Petua Hilangkan Parut
Ini ada satu petua untuk menghilangkan parut. Sebenarnya petua untuk menghilangkan parut ni mungkin telah ramai yang tahu dan pernah buat. Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan)

Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadi kehitaman baru nak cari daun lidah buaya ni yer... 

Petua Merawat Sunburn (Kulit Muka Terbakar)

Petua Merawat Sunburn (Kulit Muka Terbakar)
Caranya adalah dengan basuh sebiji kentang, then kukus sehingga benar-benar masak lembut. Tak perlu buang kulitnya, cuma basuh sahaja. Selepas itu lenyek kentang tadi sehingga benar-benar halus (ala-ala kentang lenyek KFC). Kemudian letakkan paste kentang tadi pada kulit wajah yang terbakar. Insyaallah, kulit akan terasa nyaman dan segar semula. Cubalah!

Petua Melembabkan Kulit Wajah

Petua Melembabkan Kulit Wajah
Petua ini mengunakan kubis. Caranya adalah dengan mengisarkan kubis menggunakan blender. Tapis dan perah kubis yang telah dihancurkan tadi untuk mendapatkan airnya sahaja. Kemudian ianya dicampurkan dengan sedikit madu lebah dan kalau ada campurkan juga dengan sedikit air kelapa. Sapu ke kulit wajah dan biarkan sehingga ia mengering sendiri. Kemudian bilaslah muka seperti biasa.

Petua ini boleh diamalkan setiap 2 hari sekali. 

Petua Awet Muda Untuk Wajah

Petua Awet Muda Untuk Wajah
Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang-ulang kali oleh ibu atau nenek kita,namun pada agakan saya, tidak ramai yang menjadikannya satu amalan.

Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.

Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan.