Tanda Tanda Awal Kehamilan

tanda tanda awal kehamilan

Saat kehamilan adalah saat yang paling dinanti-nantikan oleh pasangan suami isteri. Setiap bulan wanita yang ingin hamil pasti tertunggu-tunggu adakah dia hamil atau tidak. Ada wanita yang tidak perasan sebarang tanda kehamilan selama beberapa minggu dan mula tertanya-tanya “Adakah saya hamil?” apabila haid tidak datang. Berikut ialah senarai 11 tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami kesemuanya, sesetengah daripadanya, atau tiada langsung simptom-simptom kehamilan ini.

1. Lewat datang Haid
Menanda hari pertama haid keluar setiap bulan adalah amat penting terutamanya yang selalu terlupa dan haid yang tidak menentu. Doktor akan mengira due date seseorang ibu itu bersandarkan pada hari pertama haid dan bukannya hari terakhir. Jika anda seorang yang sibuk, anda boleh ‘install’ pelbagai application yang boleh menanda, dan menyatakan waktu subur anda di dalam hp. Antara application yang boleh anda install ialah ‘My days’!

2. Terasa Mual & Loya
loya
Tanda-tanda ini kebiasaannya terjadi pada semua wanita hamil. Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda disahkan hamil. Mual dan loya atau lebih dikenali sebagai morning sickness, kebanyakan berlaku pada trimister pertama sahaja, keadaan akan bertambah baik apabila masuk ke trimister kedua.

3. Mengidam
mengidam
Mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.
Sesetengah wanita akan mengidam makanan yang kurang digemarinya! Menarik bukan! Oh kadang-kadang simptom mengidam juga akan dialami oleh si suami bukan si isteri

4. Kerap buang air kecil
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap. Ini disebabkan volume plasma meningkat semasa hamil. Keduanya disebabkan tekanan rahim pada pundi kencing.

5. Keletihan
keletihan
Ini yang paling ketara pada wanita-wanita yang selama ini mereka amat aktif. Keletihan yang amat sangat mendorong mereka menghabiskan masa tidur dan menjadi ‘malas’. Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa sangat letih sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awalkehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.

6. Pendarahan
Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi berlaku kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.

7. Sembelit
sembelit
Sembelit terjadi akibat peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, juga berdampak pada mengendurnya otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Namun kebaikan dari keadaan ini adalah memungkinkan peyerapan nutrisi yang lebih baik saat hamil.

8. Perubahan Mood (Moody)

moody
Anda mungkin akan marah-marah pada suami dan mengalami perubahan tingkah laku. Hal ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah mungkin akan berlaku saat kehamilan.

9. Payudara membengkak
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.

10. Kram 
Gejala ini berlaku kerana rahim akan membesar dan dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda.

11. Ujian Kehamilan yang POSITIF !!
upt positif
Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini. Tahniah!

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan