Resepi Shake dan Ice Blanded ESP dan Performance Drink yang Menarik Dan Sedap

Salam semua. Alhamdulillah hari ni sudah masuk hari keenam bulan Ramadhan. Bagaimana puasa anda semua. Kalau rasa letih melampau, gastrik menyerang, susu merudum, cubalah ambil set mighty 3 gem ini. Inshaallah membantu kekal cergas sepanjang hari, membantu mendapatkan ibadah yang berkualiti serta membantu menjalani rutin harian seperti biasa. Hari ni saya nak berkongsi resepi  yang best yang mesti anda semua cuba iaitu gabungan ESP dan juga Performance Drink. Jom kita tengok.

ESP CREMO STRAWBERRY LASSI
2 sudu makan ESP
3 biskut Cremo yang dihancurkan
1 gelas Lassi berperisa Strawberry
1/3 cawan air

- Shake kuat kuat. Sedia untuk diminum! 
- Pastikan lassi dan air dalam keadaan sejuk untuk rasa yang segar

ESP & PD Manggo Nata de Coco
2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
1 gelas jus Mangga Peel Fresh
1/3 cawan air
3 sudu makan Nata de Coco

- Shake kuat-kuat.
- Mangga kalau nak blend sendiri lagi terbaik.

ESP & PD Kurma Ice Blended
2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
3 biji kurma dibuang biji
1 cawan susu
1/2 cawan air
1/2 gelas ais

- Blend sampai hancur
- Kalau nak rasa creamy, tak perlu bubuh air

ESP & PD Walnut Chocolate Ice Blended
2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
2 sudu walnut yang dibakar
1 1/2 cawan susu
1/2 gelas ais

- Blend sampai hancur
- Kalau nk tukar dengan badam, kacang tanah, pistachio pun boleh

ESP VICO Shake with Mixed Nuts
2 sudu makan ESP
2 sudu makan Vico
1 sudu badam dibakar dan dihancurkan
1 sudu kacang hazelnut dibakar dan dihancurkan
1/2 sudu walnut dibakar dan dihancurkan
1 cawan susu

- Shake kuat-kuat

ESP & PD Banana with Vanilla Ice Cream
2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
1 biji pisang yang dah masak
1 cawan susu
2 sudu makan Vanilla Ice Cream
1/2 gelas ais

-Blend sampai hancur

Amacam,

Menarik kan?

Jom la cuba!!

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan