Luka Pembedahan Cepat Pulih Dengan Set Berpantang Shaklee

Semakin ramai ibu-ibu yang mengambil vitamin Shaklee semasa berpantang memberikan feedback yang baik selepas mengamalkan dan mengalaminya sendiri. Di sini saya kongsikan testimoni tersebut.

Jom kita baca cerita dari Pn. Hasmah yang memperkenalkan vitamin Shaklee kepada adiknya.

Adik perempuan saya melahirkan anak secara normal, tetapi atas bantuan vacum kerana dia dah tak larat nak meneran. Tambahan pula lebih 12 jam dia menanggung kesakitan di labour room tetapi masih juga tidak melahirkan anak, bukaan jalan juga agak lambat mungkin kerana dia melahirkan anak pertama. Alhamdulillah adik saya dan anaknya selamat. Nak dijadikan cerita saya memang syorkan adik saya mengambil Shaklee kerana dia belum ada apa-apa jamu @ vitamin untuk dimakan ketika dalam pantang. 

Hari pertama kelahiran pada malamnya saya dah suruh dia makan vitamin ni bagi memastikan badan adik saya kembali bertenaga.Setelah lebih kurang 1 minggu adik saya mengamalkan vitamin Shaklee ni luka yang adik saya alami kering dengan cepat dan dia kata badannya sentiasa cergaswalaupun malam agak kurang tidur kerana anaknya cukup kuat mengempeng. Luka jahitan adik saya agak panjang kerana kesukaran jalan dibuka menyebabkan ianya terpaksa digunting bagi membantu adik saya. 

Tak dapat saya bayangkan betapa sakitnya dan darah yang keluar juga banyak. Alhamdulillah adik saya cepat pulih, dia pun hairan yang badannya tak penat walaupun tak cukup tidur. Anak adik saya hanya mengalami kuning (jaundice) sedikit sahaja lebih kurang 2 hari kuningnya kembali pulih. Alhamdulillah susu adik saya juga lancar dan mudah untuk anaknya minum. Penawar kuning (jaundice) hanya susu ibu sahaja, sebab itulah saya menasihatkan adik saya beri susu ibu sekerap yang boleh agar kuning(jaundice) cepat pulih.
Baby Hafiy baru lepas minum susu Ummi
Semoga adik Hasmah dan anaknya sihat. Mudah-mudahan baby Hafiy dapat minum susu Ummi nya sehingga 2 tahun. InsyaAllah.

Ini pula pengalaman  ibu2 yang telah yang mengamalkan set berpantang shaklee. (Klik imej untuk lebih jelas)

set berpantang shaklee

set berpantang shaklee

set berpantang shaklee

Mereka semua mengatakan bahawa luka bersalin cepat sembuh dan badan tidak mudah letih dengan pengambilan set berpantang shaklee. Kenapa macam tu ye? Apa sebenarnya vitamin yang ibu-ibu ini amalkan? Saya senaraikan secara ringkas kebaikan setiap vitamin tersebut:

Vitalea (Multivitamin with iron)
Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.

B Complex
B Complex membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.

Vitamin C (Sustaine Realease Vita-C)

Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.

Zinc Complex

Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas melahirkan.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan