Penyusuan Susu Ibu Eksklusif

Penyusuan Eksklusif ialah Susu Ibu SAHAJA selama 6 bulan pertama (tiada air kosong mahupun apa apa makanan), dan meneruskannya selama 2 tahun. Makanan tambahan diberi semasa bayi berusia 6 bulan.

Bayi baru lahir memang kerap menyusu kerana susu ibu mudah hadam. Oleh itu bayi mudah lapar dan kerap ingin menyusu.

penyusuan eksklusif

Kuantiti kolustrum memang sedikit tetapi cukup untuk keperluan bayi. Dia hanya memerlukan 5-10 ml setiap kali penyusuan pada hari pertama sehingga hari ketiga.

Semakin kerap payu dara dikosongkan, semakin cepat susu dapat dihasilkan. Jadi, kuantiti susu ibu akan bertambah mengikut kekerapan pengosongan payu dara.

Untuk penghasilan susu yang optimum, anda perlu memastikan payu dara dikosongkan hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam samada dengan menyusukan bayi atau memerah payu dara apabila berjauhan dengannya.

Bayi berupaya untuk hidup, satu hingga dua hari tanpa sebarang bekalan susu kerana kandungan perutnya masih mampu menampung keperluan pemakanannya.

Anda digalakkan untuk kerap menyusukan anak pada waktu malam kerana tahap prolaktin yang tinggi ketika ini dapat merangsang lebih banyak penghasilan susu ibu.

Selain daripada hormon prolaktin dan oksitosin, terdapat satu lagi hormon yang juga penting dalam penyusuan iaitu Feedback Inhibitor of Lactation (FIL). Apabila payudara semakin penuh, kelenjar pituitari akan merembesakan hormon FIL sebagai petunjuk untuk memperlahankan penghasilan susu. Apabila keadaan ini berlarutan, lama-kelamaan penghasilan susu akan terhenti.

Anda perlu berhati-hati semasa mencuci payudara. Elakkan daripada menyapu sabun pada bahagian aerola dan puting. Pencucian yang hanya menggunakan air suam adalah lebih baik.

Ketika mengepam, bayi mahu menyusu. Utamakan dia. Hisapan bayi adalah rangsangan terbaik untuk menghasilkan lebih banyak susu. Biarkan dia menyusu sepuasnya. Selesai menyusukannya, anda boleh kembali mengepam bagi memastikan payudara dapat dikosongkan dengan sebaik-baiknya.

Jika bayi cuma gemar menyusu di sebelah payudara, pam sebelah lagi payudara. Hal ini bagi memastikan bahagian berkenaan mendapatkan rangsangan yang sama berterusan menghasilkan susu.

Jika stok sedikit, amalkan power pumping setiap hari. Ia sangat berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu. Caranya, anda perlu mengepam 10 minit-rehat 10 minit- pam 10 minit- rehat 10 minit dan pam 10 minit dalam tempoh masa sejam.

Air adalah komponen utama susu ibu. Jadi anda perlu minum air minimum tiga hingga empat liter sehari. Sebaik-baiknya air kosong.

air masak

Amalkan zikir Ya Matin, 70 kali setiap hari untuk memperbanyakkan susu ibu. Waktu yang paling bagus ialah pada waktu malam dan Subuh. Boleh juga bacakan zikir itu dan hembus ke dalam segelas air sebelum diminum.
ya matin

Sebelum tamat tempoh cuti bersalin, anda perlu mengajar bayi menyusu susu ibu menggunakan kaedah alternatif selepas usianya 50 hari. Anda tidak boleh menyusukannya sendiri tetapi minta bantuan orang lain seperti ayah atau nenek kepada bayi melakukannya.

Sumber: Pa& Ma, Jun 2013

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan