Pedih Ulu Hati Hilang Dengan Soy Isolate Protein Powder (ESP)



Apakah yang dikatakan pedih ulu hati ?
Pedih ulu hati merupakan rasa sakit di bahagian atas perut atau dada dan kadangkala sehingga ke bahagian kerongkong. Ia sejenis ketidakhadaman yang biasa. Walaupun kesakitan di alami adalah di bahagian dada, pedih ulu hati tiada kaitan dengan penyakit jantung.

Sebaliknya, kesakitan tersebut adalah disebabkan oleh asid perut. Didapati sekurang-kurangnya 30% orang dewasa pernah mengalami pedih ulu hati dengan sekurang-kurangnya 10% mengalaminya hampir setiap hari. Manakala sekurang-kurangnya 25% wanita mengandung mengalami pedih ulu hati atau tanda dan simptom lain yang berkaitan pedih ulu hati.

Apakah yang dikatakan ulu hati ?
Penggunaan istilah tersebut sebenarnya tidak merujuk kepada masalah hati tetapi masalah berkaitan perut atau gastrik. Apabila ditanyakan di manakah bahagian yang sakit kebanyakan akan menunjukkan bahagian tengah, di bawah tulang dada… iaitu kedudukan di mana (secara anggaran) saluran esofagus bersambung dengan perut. Kedudukan tersebut juga terletaknya sebahagian daripada hati. Jadi istilah ‘ulu hati’ mungkin ada benarnya…( merujuk kedudukan anatomi ) Sumber

Penyebab Pedih Ulu Hati


Pedih ulu hati terjadi apabila asid perut tertolak naik ke bahagian esofagus (refluks) dan menyebabkan iritasi pada lapisan esofagus. Refluks ini terjadi disebabkan oleh injap yang memisahkan esofagus dan perut tidak tertutup dengan sempurna.

Pedih ulu hati biasanya terjadi dalam masa 30 hingga 60 minit selepas makan. Kesakitannya meningkat apabila berbaring, membongkok ke depan atau apabila mengalami kesukaran membuang air besar. Rasa sakit biasanya berkurang dalam keadaan berdiri tegak, meminum air atau menelan air liur ataupun mengambil antasid (peneutral asid dalam perut). Sumber

Bagaimana mencegahnya ?
  • Makan dengan teratur dalam kuantiti yang betul. (kuantiti sedikit dan kerap lebih baik)
  • Pemilihan makanan yang betul – elakkan makanan pedas, terlalu berempah, peppermint, berminyak dan sebagainya. (elakkan jika bahan makanan tersebut menerukkan gejala)
  • Elakkan minuman beralkohol dan kafein (kopi)
  • Elakkan makan dan minum sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur (membolehkan perut dalam keadaan ‘rehat’ semasa tidur dan kurang risiko refluks)
  • Pastikan mengambil sarapan pagi (perut telah menjadi kosong semasa tidur sepanjang malam)
  • Hentikan tabiat merokok (bahan kimia dalam rokok boleh meningkatkan risiko refluks)
  • Tidur atau baring dengan kedudukan bahagian atas badan lebih tinggi daripada perut untuk mengurangkan risiko aliran balik asid ke esofagus ( cara : tinggikan bahagian kepala katil)
  • Elakkan terlalu banyak berbaring atau membongkok ke hadapan terutama siang hari
  • Bersenam untuk kawal berat badan dan mengelakkan obesiti (kegemukan terutama di bahagian perut akan memberikan tekanan kepada perut menyebabkan refluks boleh berlaku)
  • Berjumpa doktor jika gejala yang dialami berpanjangan dan ambil ubat seperti yang disarankan (gejala yang sama tidak semestinya merujuk kepada penyakit yang sama)
Pengambilan protein soya dapat melegakan measaalah pedih ulu hati. Soya yang dimaksudkan semestinya Soy Isolate Protein Powder (ESP) atau dulunya dikenali sebagai Energizing Soy Protein. Pengambilan protein membina otot dan organ yang sihat. Ini akan menghadkan ‘kemahuan’ tubuh kita terhadap makan bergula dan berkanji.

Jom kita tengok apa kata mereka yang telah mencuba ESP bagi melegakan masaalah pedih ulu hati: (klik imej untuk lebih jelas)

Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul...




Itu dia testimoni dari pengguna ESP. Anda masih ragu-ragu? Jika anda mengalami masalah pedi ulu hati, apa kata anda mencuba dahulu ESP. Pasti tidak mengecewakan.

Sila klik sini untuk order ESP.

Sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue). Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi percuma serta jadual pengambilan vitamin yang betul. 

Sertai ahli Shaklee sekarang dan nikmati 15%-20% potongan harga bagi setiap produk Shaklee.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan