Asid Folik dan Kepentingannya Kepada Ibu Hamil

Asid folik adalah penting dalam tumbesaran bayi. Adalah disarankan supaya mengambil 400 mikrogram asid folik setiap hari sebelum hamil sehingga seseorang wanita itu hamil dan usia kandungan mencapai 13 minggu. Ia tidak meninggalkan kesan buruk kepada diri ibu.

Pengambilan asid folik didapati mengurangkan insiden spinal tube defect kepada bayi. Oleh sebab itu, ia disarankan kepada semua wanita yang ingin hamil. Asid folik juga diperlukan dalam pembentukan sel-sel darah (ibu dan anak). Ada kajian yang menunjukkan asid folik mengurangkan risiko bayi mendapat masalah sumbing dan sesetengah penyakit jantung.

Malah asid folik turut penting dalam metabolism bahan genetic dalam tubuh manusia. Selain daripada pil-pil di farmasi, asid folik boleh didapati di dalam makanan seperti nasi, kekacang, bijirin, sayur hijau dan telur.

Oleh kerana asid folik adalah LARUT AIR, maka asid folik yang berlebihan akan dibuang daripada tubuh badan melalui air kencing dan tidak akan mengalami keracunan akibat terlebih makan asid folik!
folik asid untuk wanita hamil
B Kompleks Shaklee lengkap dengan folik asid.
Bacaan lanjut b-complex klik sini.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan