11 Panduan Untuk Hamil


1) Fahami proses kehamilan 
Memahami bagaimana sistem reproduksi berfungsi menjadiakn anda lebih peka kepada faktor2 kesuburan dan membuatkan anda lebih memahami mengapa wanita gagal hamil. 


2) Berjumpa doktor
Pastikan anda dan suami bebas dari sebarang masalah kesihatan. Masalah cyst endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama enam bulan untuk hamil, anda dan suami mungkin boleh mempertimbangkan untuk menjalani ujian HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopio tidak tersumbat dan analisa sperma bagi mengenal pasti sebarang masalah padanya. 


3) Amalkan pemakanan seimbang 
Amalkan mengambil lemak mono tak tepu dan kurangkan lemak trans yang biasa terdapat dalam makanan segera. Lebihkan protein daripada sayur-sayuran. Kurangkan lemak, gula dan karbohidrat termasuk nasi, mi, mihun dan lain-lain. 


4) Mengambil multivitamin 
Semua wanita yang merancang untuk hamil adalah disarankan mengambil asid folik untuk mengurangkan risiko kecacatan janin. Si suami pula dinasihatkan mengambil suplemen zink dan selenium yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran sperma. 


5) Dapatkan berat badan yang ideal 
Kawal berat badan dan kira Indeks Jisim Tubuh (BMI) anda. BMI di antara 20-24 adalah berat b adan yang ideal. 


6) Bersenam secara teratur 
Anda dan suami perlu kerap bersenam. Ia adalah cara untuk anda berdua menjadi sihat secara keseluruhan. Secara tidak langsung lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan sepanjang proses bersalin. 


7) Ketahui waktu subur 
Hari subur cuma berlaku empat ke lima hari sebulan. Dengan mengetahui waktu subur, boleh meningkatkan peluang untuk hamil. Hari subur dapat diketahui dengan tepat sekiranya haid anda teratur setiap bulan. Salah satu cara mengetahui hari subur ialah dengan mencatatkan suhu badan asas anda dan perhatikan tanda-tanda ovulasi berlaku. Contohnya seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan. Antara lain, anda boleh mendapatkan kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu mengetahui masa subur dengan lebih tepat. 


8) Kerap berasmara 
Hubungan kelamin antara tiga hingga empat kali seminggu sangat disarankan. Pada hari-hari subur, lakukan hubungan intim setiap hari. Posisi suami berada di atas dikatakan sebagai posisi yang terbaik untuk meastikan penembusan optimum di mana sperma yang dilepaskan berada paling hampir dengan serviks. Untuk memastikan tiada sperma yang tumpah, letakkan bantal di bawah punggung anda selama 30 minit atau biarkan zakar suami berada di dalam faraj selama 15 minit selepas pemancutan. 


9) Tingkatkan kesuburan suami 
Mengambil makanan yang sihat dan seimbang; mempunyai berat badan ideal, kerap melakukan senaman, tidak merokok dan mengelakkan diri daripada mengambil sebarang minuman keras. Sekiranya berlaku ejakulasi pramatang, anda dan suami boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin boleh menjadi punca sukar hamil. 


10) Kurangkan tekanan 
Cuba lakukan aktiviti-aktiviti ringan yang boleh mengurangkan tekanan seperti bersenam, mendengar muzik, membaca dan sebagainya. Anda boleh juga memanjakan diri dengan melakukan rawatan spa atau seumpama dengannya. 


11) Jauhi dadah, rokok dan minuman keras 
Merokok, mengambil dadah dan meminum minuman keras akan member kesan terhadap kesuburan. Lebih daripada itu, ia meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan semua ubat yang diambil adalah selamat dan berdasarkan saranan doktor. 

Sumber: Pa&Ma, Januari 2013, M/S 13 dan 14

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan