Apa itu susu awal dan susu akhir?

Apa itu susu AWAL (foremilk) dan susu AKHIR (hindmilk)? 

-Susu awal (foremilk) 
Mengandungi air yang banyak (untuk hilangkan dahaga) kurang lemak dan tinggi karbohidrat. Apabila kali pertama bermula untuk menyusu, susu pertama yang diterima bayi dipanggil foremilk. Ia adalah cair dan berair. Foremilk sebahagian besarnya air yang diperlukan untuk memenuhi dahaga bayi anda. 

-Susu akhir (hindmilik) 
Mengandungi kurang air dan lemak yang tinggi yang bertujuan untuk mengenyangkan bayi. Hindmilk dirembeskan selepas beberapa minit penyusuan. Ia adalah bertekstur krim dan mempunyai kepekatan lemak yang tinggi. Hindmilk membantu bayi anda berasa kenyang. Susukan bayi anda sehingga anda melihat seolah-olah dia mengantuk yang menunjukkan dia kenyang. 
Description: Two 25ml samples of human breast milk. The left hand sample is Foremilk, the watery milk coming from a full breast. The right hand sample is Hindmilk, the creamy milk coming from a nearly empty breast. (Source: wikipedia.org) 
Apabila susu dihasilkan, lemak akan melekat di sisi sel-sel susu yang membuatnya manakala bahagian susu yang berair bergerak ke bawah duktus ke arah puting, di mana ia bercampur dengan susu yang ditinggalkan di sana dari suapan terakhir. Susu “berair” ini mempunyai kandungan laktosa yang tinggi dan kurang lemak berbanding susu yang disimpan di dalam sel-sel susu membuatnya (kilang) dalam payudara. 

Jadi susuilah / perahlah sehingga payudara kosong untuk mendapatkan kedua-dua foremilk dan hindmilk. 

Oleh itu pastikan bayi anda mendapat kedua-duanya sekali setiap kali penyusuan dan setiap penyusuan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Bagaimana kita nak tahu bayi kita mendapat kedua-duanya ialah dengan melihat pada najis bayi tersebut. 

Hijau – maknanya bayi anda hanya mendapat susu awal (foremilk) sahaja. Pastikan kalian meneruskan penyusuan sehingga 20 minit atau lebih. Bayi yang mendapat susu awal akan lebih cepat lapar.
Kuning – bermakna bayi kalian mendapat susu awal dan akhir tanpa campuran susu formula atau makanan yang tak sepatutnya masuk sebelum 6 bulan.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan