Kebaikan Vitamin E

Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.

Vitamin E dikira dalam unit IU (international units) yakni 1 IU bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari 8 komponen dalam 2 kelas utama : tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari komponen2, alpha, beta, gamma dan delta. 

Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif, malah IU dikira berdasarkan alpha-tocopherols. Akan tetapi, komponen yang mempunyai nilai ) dalam IU seperti gamma-tocopherols adalah penting dalam menjana antioksidan.

Perbezaan Vitamin E Shaklee Dan Vitamin E Biasa

Vitamin E Shaklee:

~ Bersumber semulajadi
~ Pada label ada huruf ‘d’ (ini bermakna ia adalah sumber asli)
~ Lebih mudah diserap oleh badan

Vitamin E Biasa :

~ Vitamin Sintatik
~ Pada label ada huruf ’l’ (ini bermakna sumber tiruan atau sumber kimia)
~ Tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudian hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Kebaikan Utama Vitamin E :

* Bertindak sebagai antikoagulan (anticoagulant) yang mengurangkan kebolehan darah untuk membeku. Ini mengurangkan risiko penyakit strok akibat darah beku dan penyakit jantung.

* Membantu menguatkan 2 enzim penting yang menjana sejenis bahan dipanggil prostacyclin, iaitu sejenis komponen yang menghalang blood clot dan memastikan salur darah sentiasa dalam keadaan baik.

* Membantu menjaga permukaan dalam salut darah agar sentiasa licin – mengelakkan pembentukan plak kolesterol.

* Bertindak sebagai antioksidan yang menghalang radikal bebas dari merosakkan sel-sel badan kita.

* Vitamin E dpt membantu pembesaran tulang yang sihat dengan melawan bahan kimia dan asid yang boleh menggangu pembentukan tulang.

* Vitamin E membantu fungsi sistem badan seperti :
- Sistem saraf
- Sistem otot
- Sistem pembiakan (proses pembentukan gen)

Ringkasan Kebaikan Vitamin E :
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  • Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
  • Anti oksidan.
  • Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • Menyelesaikan masalah kelesuan.
  • Mengurangkan risiko parut yang besar.
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Merendahkan risiko katarak.
Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan